| 1. | Memastikan semua maklumat pelajar yang berdaftar dengan institut ini diurus dengan baik lengkap dan kemas kini selewat-lewatnya sebulan selepas pendaftaran. |
| 2. | Memastikan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar diurus dengan sempurna. |
| 3. | Memastikan peraturan dan disiplin intitusi sentiasa dipatuhi dan pemantauan berterusan dibuat dari masa ke semasa. |
| 4. | Mengendalikan kes-kes disiplin mengikut peraturan yang ditetapkan dengan adil dan saksama. |
| 5. | Memastikan kebajikan, keselamatan dan keselesaan di kolej kediaman pelajar. |
| 6. | Memastikan pendaftaran, pengurusan dan penempatan pelajar baru dilaksanakan dengan lancar, sempurna dan berkesan mengikut prosedur seperti yang ditetapkan. |
| 7. | Menguruskan Perjanjian Pelajar dengan cepat dan menepati keperluan pentadbiran. |
| 8. | Memantau perjalanan dan proses pembayaran elaun pelajar berjalan mengikut jadual. |
| 9. | Melaksanakan program penyuburan diri pelajar seperti diarahkan oleh pihak institut dan BPG. |
| 10. | Memastikan pelajar-pelajar bermasalah mendapat perhatian, bimbingandan kaunseling dengan sewajarnya. |
| 11. | Menguruskan hal berkaitan Tukar Pusat Kursus, Tangguh Kursus dan Permohonan Perkahwinan dengan cepat dan menepati keperluan pentadbiran. |
| 12. | Menyediakan Kad Matrik dalam tempoh tidak lewat dari satu bulan selepas pendaftaran. |






